Vaksin Moderna lebih banyak dibeli negara

 

Moderna, antara vaksin paling berkesan melawan COVID-19, kebanyakannya dibeli negara kaya sehingga menjejaskan bekalan kepada negara miskin.

Jualan vaksin yang dibangunkan dengan sokongan kewangan dan hasil kajian pentadbiran Amerika Syarikat (AS) itu berjaya meraih keuntungan berbilion dolar.

Namun, menurut Airfinity, sebuah firma data meninjau pengedaran vaksin di seluruh dunia, tindakan itu menyebabkan negara miskin yang menghadapi keperluan kritikal vaksin, terputus bekalan.

Hanya kira-kira sejuta dos vaksin Moderna dibekalkan ke negara yang diklasifikasikan oleh Bank Dunia sebagai berpendapatan rendah.

Sebaliknya, 8.4 juta dos vaksin Pfizer dan kira-kira 25 juta dos vaksin Johnson & Johnson diedarkan ke negara miskin.

Daripada sebahagian negara berpendapatan sederhana yang bersepakat untuk membeli vaksin Moderna, kebanyakannya belum menerima dos yang diharapkan.



Tidak seperti Pfizer, Johnson & Johnson atau AstraZeneca yang mempunyai pelbagai jenis ubat dan produk lain, Moderna hanya menjual vaksin COVID-19 dan masa depan syarikat itu bergantung pada kejayaan komersial vaksinnya.

Pegawai kanan Moderna mempertahankan bahawa mereka melakukan semua yang termampu untuk menghasilkan sebanyak mungkin dos dengan secepat mungkin.

Bagaimanapun, mereka mendakwa kapasiti pengeluaran tetap terhad dan semua dos yang dihasilkan pada tahun ini memenuhi pesanan di EU.

Namun, pentadbiran Presiden AS, Joe Biden, semakin kecewa dengan Moderna kerana tidak menyediakan vaksin kepada negara miskin, kata dua pegawai kanan pentadbiran.

Pentadbiran AS sudah menekankan kepada eksekutif Moderna supaya meningkatkan pengeluaran kilang di AS dan untuk melesenkan teknologi syarikat kepada pengeluar luar negara yang dapat membuat vaksin untuk pasaran asing.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button