“Idris tidak semestinya Ketua Menteri Melaka” – Norhizam

Norhizam Hassan Baktee

Adun Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee menyatakan tidak semestinya Datuk Idris Haron akan menjadi Ketua Meteri Melaka.

Beliau menyatakan demikian semasa ditemui krew Anda Musykil Kami Terjah.

Beliau menyatakan sekiranya berlaku pertukaran kerajaan Melaka tempohari, pihak yang mempunyai majoriti mempunyai hak untuk memilih Ketua Menteri yang baru.

 

 

 

Dalam hal ini, DAP merupakan pihak yang terbesar dalam blok Pakatan Harapan.



Sebagai rekod DAP mempunyai 7 kerusi daripada 11 yang dimenangi Pakatan Harapan. PKR dan AMANAH masing-masing 2 kerusi. Jika PH menerima Adun bebas, maka mereka mempunyai majoriti dengan kelebihan 15 -13.

Adakah DAP akan memberi laluan mudah kepada Idris Haron? Benar dakwaan Norhizam belum tentu Idris dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka.

 

DUN Melaka

Adun yang terkenal dengan gelaran ‘YB Viral’ itu turut menceritakan kronologi krisis kepercayaan terhadap Datuk Sulaiman Ali sehingga menyebabkan 4 Adun menarik sokongan terhadapnya.

Tanpa menyebut nama, Norhizam menyatakan Sulaiman terlalu mengikut telunjuk seorang individu yang dikenali sebagai ‘King’ dalam mengurus tadbir kerajaan negeri Melaka.



Norhizam mendakwa berlaku terlalu banyak kemusykilan dalam pengurusan kerajaan negeri berikutan Sulaiman Ali selaku Ketua Menteri tidak dapat membuat sesuatu keputusan dalam mesyuarat Exco Negeri.

Rauf cabar buktikan dakwaan terima projek Negeri

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker