Pengerusi PH akan tentukan kerusi saya – Norhizam

Norhizam Hassan Baktee

Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata Pengerusi Pakatan Harapan adalah pihak yang akan menentukan di kerusi mana beliau akan bertanding.

“insyaallah mungkin saya akan bertanding di dun Pengkalan Batu, insyaallah mungkin saya bertanding di Klebang, saya takde masalah…ini semua insyaallah, kita pulangkan itu semua kepada kebijaksanaan pengerusi Pakatan Harapan.”

Beliau turut mengakui hubungannya dengan DAP masih baik bersahabat. Norhizam tidak menolak sekiranya ada parti lain yang mempelawanya menyertai mereka dan ini termasuk DAP.

Norhizam pernah mewakili PH dalam PRU14 dan memenangi DUN Pengkalan Batu dengan majoriti 2,756 mengalahkan BN (6,471) dan GS (2,230)

 

PRU14-DUN Pengkalan Batu

 

Mungkinkah Norhizam akan menyertai PEJUANG sebagai platform baru politik beliau sekiranya DAP/PH tidak menerimanya kembali atau kekal menjadi calon bebas? 

 

“Idris tidak semestinya Ketua Menteri Melaka” – Norhizam

One thought on “Pengerusi PH akan tentukan kerusi saya – Norhizam

Leave a Reply