Russia catat angka kematian dan kes tertinggi covid

covid

 

Russia merekodkan jumlah kes jangkitan dan kematian harian akibat COVID-19 hampir mencecah angka tertinggi pada Isnin, sejak pandemik itu melanda.

Peningkatan itu menurut pihak berkuasa kesihatan Rusia disebabkan kadar vaksinasi yang perlahan serta keengganan Kremlin meningkatkan sekatan pergerakan.



Sebanyak 29,409 kes jangkitan dilaporkan iaitu yang tertinggi dicatatkan tahun ini, serta sedikit rendah berbanding kes tertinggi yang disahkan pada Disember.

 

 



Selepas mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi sejak bermulanya wabak iaitu sebanyak 968 pada hujung minggu lalu, Rusia melaporkan 957 kematian baru pada Isnin.

Rusia kini merekodkan angka korban tertinggi di Eropah sejak pandemik itu melanda dengan jumlah kumulatif lebih 217,000 kes.

Bagaimanapun, agensi perangkaan negara itu yang menggunakan kaedah pengiraan berbeza, termasuk ketika virus itu tidak dianggap sebagai penyebab utama kematian, melaporkan kira-kira 418,000 kematian akibat covid-19.

Kremlin mengaitkan kenaikan mendadak dalam jangkitan dan kematian bermula bulan lalu dengan kadar vaksinasi yang perlahan.



Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov menyuarakan kebimbangan mengenai situasi itu selepas kebanyakan hospital di beberapa wilayah hampir ke tahap maksimum kapasitinya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button