Saya bimbang babi lebih banyak dari penduduk Melaka

Norhizam Hassan Baktee-Babi

 

Populasi babi meningkat setiap tahun berbanding pertambahan rakyat Melaka membimbangkan bekas Exco Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee.



“saya mengucapkan terimakasih kepada Umno kerana ketika itu saya berada dalam PH, isu babi ditimbulkan”

“saya bimbang babi lebih banyak dari rakyat Melaka kalau saya tidak benteras…akhirnya kita boleh tengok babi merayau dalam Melaka”

Pernah diberikan gelaran ‘Juara penembak babi’ didalam Dewan Undangan Negeri, Norhizam memberi perbandingan pertambahan babi yang berhijrah ke Melaka saban tahun.

Jumlah rakyat Melaka yang seramai 900,000 berbanding babi yang dijangkakan mencecah 1 juta ekor setahun menyebabkan Norhizam membuat keputusan untuk memburu babi-bai dalam Melaka dengan kerjasama Perhililitan Melaka.



Beliau yang menjawap persoalan mengapa begitu sinonim dengan haiwan yang diharamkan untuk Umat Islam sehingga ada suara nakal menggelarkannya sebagai ‘YB Babi’.

“Melaka negeri bersejarah, jadi babi datang nak melawat Melaka” seloroh Norhizam

Bagaimanapun, Norhizam hanya menumpukan kepada masalah babi tetapi tidak kepada lembu yang berkeliaran sehingga mengganggu aliran trafik di jalanraya. 

Lebuh AMG adakala menjadi laluan lembu dan ini membahayakan pengguna lebuh raya namun Norhizam tidak pernah mengambil tindakan tegas terhadap penternak lembu yang membiarkan lembu mereka berkeliaran.



“Saya bukan gangster” – Adun Pengkalan Batu

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button