Kanak-kanak OKU meninggal dunia

 

Seorang kanak-kanak perempuan yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal dalam van di Taman Nusari Bayu, 2, Sendayan, Negeri Sembilan, petang semalam.

Mangsa berusia lapan tahun menaiki van terbabit untuk ke sebuah pusat jagaan harian di Taman Nusari Aman, namun pemandu pulang ke rumah tanpa menyedari kanak-kanak itu masih berada dalam van tersebut.

Ketua Polis Daerah Seremban Mohd Said Ibrahim berkata, pemandu berusia 34 tahun itu dipercayai tidak menyedari mangsa masih berada dalam van dari 2.30 petang.

Beliau berkata, tiga jam kemudian, mangsa ditemui tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

“Mangsa seorang kanak-kanak autisme bagaimanapun disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu, polis menahan pemandu van tersebut untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

Susulan itu, katanya pemandu van itu akan direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Bedah siasat ke atas mangsa akan dijalankan untuk mengesahkan punca kematian.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker