Norhizam ‘pakar’ kronologi babi Melaka

 

‘Juara penembak babi’, Datuk Norhizam Hassan Baktee rupa-rupanya seorang yang ‘pakar babi’ bila beliau mampu menceritakan bagaimana babi dari Sumatera dan Kalimantan ‘berhijrah’ ke Melaka.

“saya cukup berterimakasih dengan Umno, Barisan Nasional ketika itu saya berada dalam ph, isu babi ditimbulkan”

Norhizam juga memberitahu bagaimana beliau boleh terlibat dengan kisah babi Melaka yang pada ketika itu beliau menyandang jawatan Exco Pertanian.

Beliau melahirkan kebimbangan bilangan babi akan bertambah melebihi kepadatan penduduk Melaka sendiri.

Norhizam 'pakar'babi Melaka

“setiap tahun hutan di Sumatera dan Kalimantan akan terbakar, Melaka ada 12 pulau jadi bila hutan terbakar babi akan berenang…dia berenang-renang dia berhenti sekejap..dia berenang-renang dia berhenti sekejap”

Norhizam memberi perbandingan penduduk Melaka yang ada 900,000 berbanding kadar kelahiran babi setiap tahun mencecah 15 ekor bagi seekor babi.

“kalau babi dah melebihi populasi rakyat Melaka, itu yang kita lihat babi bermain di Banda Hilir Melaka”

Sememangnya Norhizam merupakan seorang bekas Exco Melaka yang cemerlang kerana mampu menghitung keseluruhan jumlah babi dalam negeri Melaka.

Kepada rakyat negeri Melaka, anda bernasib baik kerana ada Norhizam Hassan Baktee yang selama ini membenteras kenaikan populasi babi di Melaka.

Usah khuatir jika terjumpa babi liar di Melaka, anda boleh hubungi Datuk Norhizam dan meminta beliau memburu haiwan tersebut.

Norhizam: saya yakin ada parti yang mahukan saya jadi calon

 

Leave a Reply