PAS akan isi jawatan Ketua Menteri Melaka

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang kini bernaung dalam Perikatan Nasional (PN) dikatakan akan mengisi jawatan Ketua Menteri Melaka sekiranya memenangi PRN Melaka bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

 

 

Ini berdasarkan keyakinan Pesuruhjaya PAS Melaka yang akan bertanding di Dun Duyong, PAS akan menjadi ‘King Maker’ dalam pilihanraya negeri kali ini.

 

 

Datuk Kamaruddin Sidek, Pesuruhjaya PAS Melaka menyatakan keyakinan parti tersebut memenangi PRN Melaka bersama PPPBM di bawah lambang Perikatan Nasional menerusi kenyataannya di Melaka Hari Ini

 

 

Desas desus sekiranya mereka (PAS) berjaya merampas beberapa kerusi DUN, dikatakan tawaran yang diberikan kepada PAS agak lumayan dan menarik.

Benarkah selain jawatan Ketua Menteri Melaka, PAS juga dikhabarkan akan memperkenalkan Hukum Hudud di Melaka sebagai proses untuk rakyat Melaka mendekati parti itu?

Sekiranya khabar itu benar, maka Melaka akan menjadi negeri kedua Hukum Hudud dilaksanakan selepas Kelantan?

 

 

Pembahagian kerusi antara PPBM dan PAS juga dikatakan menggunakan formula 50/50 bagi mengimbangkan kekuatan parti masing-masing. Sejauh mana kesahihan perkara tersebut masih belum dapat dipastikan.

PAS perlu berterus-terang dengan pengundi pada PRN Melaka dan PPBM perlu menyokong calon PAS kali ini. 

PPBM juga perlu menyediakan satu bentuk perjanjian persefahaman agar tidak belot kepada PAS sekiranya mereka (PPBM) memenangi lebih 50% kerusi DUN Melaka.

Undian Siapa Layak Jadi KM Melaka?

 

Leave a Reply