Lelaki terperangkap diselamatkan ‘Hulk’

 

Hulk, antara karakter fiksyen francais dari Marvel Cinematic Media (MCU) yang cukup digilai peminat tegarnya di seluruh dunia kerana sifat adiwiranya yang gagah perkasa dan sering menyelamatkan mereka yang lemah.

Demikian kisahnya dengan seorang lelaki di Brazil yang berjaya diselamatkan ‘Hulk’ dalam satu rompakan bersenjata.

Namun Hulk yang dimaksudkan di sini bukanlah adiwira gergasi berwarna hijau itu, sebaliknya sebuah telefon mudah alih yang menggunakan sarung karakter fiksyen bertema Hulk.

Dalam perkongsian di akaun Twitter doktor @Oparbento1, seorang lelaki yang terperangkap dalam rompakan bersenjata telah ditembak.

Namun tembakan tepat ke tubuhnya itu gagal menyebabkan sebarang kecederaan kerana ia dihalang sebuah telefon mudah alih dengan sarung karakter Marvel Hulk.

Gambar yang dimuat naik seorang pengamal perubatan, Dr Pedro Carvalho menunjukkan peluru itu terkena tepat pada telefon pintar jenis Motorola tersebut menyebabkan skrinnya pecah dan dihalang sepenuhnya oleh sarung bertema Hulk itu.

“Peluru itu tersekat dalam telefon bimbitnya!” kongsi doktor itu di Twitter, cukup teruja.

Ia tidak membenarkan peluru itu menembusi sarung telefon berkenaan, sekali gus menyelamatkan nyawa lelaki tersebut.

Menurut doktor Cavalho lagi, lelaki terbabit dimasukkan ke bahagian kecemasan selepas ditembak dalam satu rompakan bersenjata. Malah dia turut berkongsi gambar telefon pintar, sarungnya dan skrin telefon yang pecah berderai.

Menurut laporan New York Post yang memetik media tempatan, insiden berlaku di Petrolina, Pernambuco, Brazil. Lelaki yang ditahan beberapa perompak bersenjata itu cuba melepaskan diri dari penjenayah tersebut sebelum ditembak.

Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti di bandar tersebut dan dibenarkan pulang beberapa minit kemudian.

Jelas laporan itu lagi, mangsa itu hanya mengalami lebam kecil di bahagian yang ditembak selain trauma akibat insiden tersebut.

FMT

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker