7 adat kahwin paling aneh dan luar biasa diamal

PERKAHWINAN suatu ikatan hubungan antara lelaki dan wanita diiktiraf oleh budaya dan kepercayaan semua agama. Namun terdapat pelbagai adat dan tradisi perkahwinan berbeza di dunia mengikut fahaman dan budaya masing-masing sehinggakan adakalanya dianggap luar biasa.

Disenaraikan 7adat perkahwinan atau bersanding dianggap luar biasa, pelik dan aneh di serata dunia.

 

1. Menghitamkan pengantin
Menghitamkan pengantin ialah tradisi lama diamalkan di Scotland, di mana sebelum berlangsung majlis perkahwinan pengantin akan ‘diculik’ oleh rakan-rakan mereka sebelum dituang segala campuran benda kotor diperbuat daripada susu basi, tepung, telur, sehinggakan bancuhan tar.

Biasanya campuran cecair hitam sering diguna, bertujuan untuk menghalau roh jahat yang mengganggu pengantin dan ia masih dilakukan di sesetengah tempat di Scotland sehingga hari ini.



 

2. Tetamu dibenarkan mencium pengantin
Bercium ketika berkahwin adalah perkara biasa berlaku dalam mana-mana budaya Barat, namun sedikit berbeza di Sweden, kerana tetamu yang bujang dibolehkan mencium pengantin lelaki atau wanita.

Jika pengantin lelaki keluar dari dewan atau pergi ke tandas maka para tetamu yang bujang dibolehkan mengucup pengantin wanita dan begitu juga sebaliknya.

 

3. Pengantin lelaki memanah pengantin wanita
Bagi masyarakat minoriti Yugur di China, pengantin lelaki diberikan satu busur dan tiga anak panah dan dia perlu memanah bakal isteri nya sebanyak 3 kali. Namun, anak panah digunakan tidak bermata tajam.

Sesudah itu, pengantin lelaki dikehendaki mematahkan anak panah dan busurnya sebagai syarat bahawa pasangan itu akan hidup bahagia selamanya.



 

4. Membayar duit untuk menari dengan pengantin
Di Poland, para tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan dibenarkan menari mesra dengan pengantin lelaki atau wanita. Namun mereka perlu membayar sejumlah wang untuk menari bersama pengantin.

Kebiasaanya duit kertas dilekatkan atau dimasukkan ke dalam gaun atau sut pengantin dengan tujuan sebenarnya adalah membantu pengantin memulakan kehidupan baru bersama nanti.

 

5. Berkahwin dengan pokok sebelum menebangnya
Di India, adat dan ritual pelik ini diguna apabila pengantin wanita ingin berkahwin dengan pasangannya yang lebih tinggi kasta. Maka wanita itu harus berkahwin dengan sebatang pokok dahulu sebagai syarat membuang nasib malang dibawanya.

Dalam ritual ini, tukang tilik memainkan peranan penting dalam menyelesaikan upacara mengahwinkan sebatang pokok hidup dan kemudian pokok itu ditebang bagi membuang nasib malang itu. Antara artis terkenal melakukan upacara ini ialah Aishwarya Rai dan pasangannya Abhishek Bachchan.

 

6. Memecahkan pinggan serta kaca bagi mengusir roh jahat
Di Jerman, pada malam sebelum perkahwinan, ahli keluarga dan sahabat pasangan bakal pengantin akan pecahkan pinggan mangkuk atau kaca dengan membalingnya ke tanah.

Ritual dikenali Polterabend ini bermaksud “malam membuat bising”, diamal kerana dipercayai mampu  membawa nasib baik selain mengusir roh jahat yang kononnya tidak suka bunyi kaca dipecahkan.

 

7. Mencuri kasut pengantin
Di beberapa wilayah di India, pengantin lelaki harus membuka kasut sebelum naik ke pelamin dan ia boleh timbulkan kekecohan.

Ini kerana pihak keluarga pengantin wanita akan berusaha mencuri kasut manakala keluarga lelaki pula berusaha lindungi kerana jika kasut dicuri, pihak pengantin lelaki perlu bayar sejumlah wang tebusan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker