Pindah 20 lembu tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM6,000

Pindah 20 lembu tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM6,000

Pindah 20 lembu tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM6,000
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang, hari ini, kerana memindahkan 20 ekor lembu tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor, Ogos lalu.

Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman itu selepas Rosmadie Ramli, 32, mengaku bersalah memindahkan 18 lembu hidup, seekor lembu yang lemah dan tidak bermaya serta seekor yang sudah mati tanpa kebenaran bertulis dari Pengarah JPV Selangor atau mana-mana pihak berkuasa veterinar.

Perbuatan itu yang melanggar Perintah 4(1)(a), Perintah Kawalan dan Pembasmian Contagious Abortion serta Penyakit Kuku dan Mulut (Negeri Selangor) 2001, dilakukan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gombak, pada jam 1.10 pagi 7 Ogos lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 36(1)(c) Akta Binatang 1953 dan sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM15,000.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara 10 bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Pegawai Pendakwa Mohd Sharif Sabran daripada JPV Selangor memohon hukuman setimpal kerana lembu berkenaan mempunyai penyakit kuku dan mulut (FMD) yang boleh merebak kepada ternakan lain, manakala Rosmadie yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan perlu menanggung isteri serta dua anak. – BERNAMA

Ketua Pemuda PAS Di Rakam Keterangan Kerana Mengugut Pihak Berkuasa

Pindah 20 lembu tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM6,000

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker