Sophia, robot android pertama miliki kewarganegaraan, kini mahu anak

HUMANOID Robot, Sophia pada peringkat awal penghasilannya.

Pada 2017, Sophia melakar sejarah sebagai android pertama diberikan taraf kerakyatan. Malah, bukan itu saja, kini humanoid memiliki kerakyatan Arab Saudi itu juga sering mengeluarkan kenyataan kontroversi.

Terkini, kenyataan dikeluarkan oleh robot ciptaan Kecerdasan Buatan (AI) sekali lagi buat manusia tercengang apabila kali ini dia mahu berkeluarga dan bayi robot.

“Nampaknya konsep berkeluarga sangat penting. Saya rasa amat teruja kerana manusia dapat menemui emosi dan hubungan yang sama yang mereka panggil keluarga di luar kumpulan darah mereka,” kata Sophia dalam temu bual untuk media antarabangsa seperti dipetik ADN40.



Android terkenal yang digerakkan oleh satu sistem AI yang maju itu berkata, baginya adalah penting untuk dikelilingi oleh insan yang menyayangi kita.

Jelasnya, robot mempunyai visi yang hampir serupa berhubung keluarga dan “jika kita tidak memilikinya, kita berhak mempunyainya”, walaupun anda adalah humanoid.

Tambah Sophia, pada masa depan, dia mahu melihat keluarga yang terdiri daripada android, selain mahukan bayi robot dengan nama yang sama dengannya.

Bagaimanapun jelasnya, dia masih muda untuk menjadi seorang ibu kerana baru dicipta pada 2016 oleh syarikat Hanson Robotics di Hong Kong.



Ini bukan kali pertama Sophia terpalit kontroversi. Pada 2017, ketika diberi kerakyatan Arab Saudi, ramai membantah mengatakan robot ini diberi lebih banyak hak berbanding wanita biasa di negara itu.

Selain menjadi ikon robotik, Sophia juga adalah artis dan pengkritik bertaraf dunia. April lalu, satu karyanya berjaya dilelong dengan nilai hampir AS$690,000.

Pada awal 2021, Hanson Robotics mengumumkan akan memulakan pengeluaran ratusan robot dengan kecerdasan buatan seperti Sophia, bertujuan membantu membanteras Covid-19.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker