“Itulah yang paling menikam saya” – Idris Haron

Datuk Seri Idris Haron

 

Bekas Adun Sg Udang, Datuk Seri Idris Haron mendakwa beliau hanya ditawarkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang semasa Melaka diperintah Pakatan Harapan.

“saya masih ingat lagi kata-kata pengerusi perhubungan, takpelah deris (Idris) kalau kita jadi pembangkang balik esok, kau jadi ketua pembangkang”

“nak jadi ketua pembangkang bagi kat saya, bila nak mengetuai kerajaan bagi kat orang lain. Itulah paling menikam saya” – Idris Haron.

Beliau berkata demikian semasa temuramah krew Anda Musykil Kami Terjah yang dirakamkan di Casa del Rio, Melaka.

Temuramah tersebut boleh diikuti di page Menjelang PRU

Krisis politik Melaka begitu menarik perhatian penganalisis serta pemerhati politik negara sehingga menyebabkan DUN dibubarkan. Pilihanraya Negeri Melaka akan dilaksanakan berikutan pembubaran DUN.

Tarikh Pilihanraya Negeri Melaka telah ditetapkan pihak Suruhanjaya Pilihanraya pada 20 November 2021.

Tarikh Pilihanraya Negeri Melaka pada 20 November

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker