PAS Melaka mahu situasi menang-menang

 

Pas Melaka bimbang keputusan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) sejurus pembukaan sektor ekonomi baru-baru ini akan menjejaskan peratusan keluar mengundi.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Kamaruddin Sidek mengakui, beliau agak terkejut dengan pengumuman berkenaan yang disifatkan terlalu awal.

“Pada pandangan saya tarikh itu agak awal yang mana kita ada tempoh lagi sehingga Disember dan parti-parti terlibat juga tidak boleh terlalu agresif dalam berkempen.

“Secara dasarnya kita terima keputusan SPR, tetapi sedikit terkejut dengan tarikh itu kerana parti ada menerima beberapa pandangan bahawa ramai rakyat negeri ini tidak berminat untuk PRN.

PRN Melaka

“Ini kerana sebelum ini kerajaan baru sahaja umum rentas negeri, Melaka pula baru memasuki fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan rakyat juga baru hendak merasa bebas,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Mengulas lanjut, beliau berkata, secara prinsipnya Pas akan kekal memberi kerjasama dan bersedia untuk menghadapi PRN kali ini meskipun soal agihan kerusi belum diputuskan oleh pucuk pimpinan.

Katanya, bagaimanapun beliau mengharapkan SPR membuka ruang kepada parti-parti politik yang akan bertanding untuk menyuarakan pandangan masing-masing mengenai kaedah prosedur operasi standard (SOP).

“Kita tahu ini norma baharu pilihan raya, jadi SPR kena buka ruang kepada semua parti supaya kaedah berkempen itu tidak menyukarkan mana-mana pihak memandangkan tempoh yang diberikan agak singkat.



“Dari pihak Pas, jentera kita sudah bersedia (cuma) hanya beberapa benda yang agak tak berapa nak selesai lagi ialah isu masalah kerusi saja dengan rakan rakan UMNO dan juga Bersatu,” tambahnya.

Terdahulu, SPR mengumumkan hari pengundian PRN Melaka ialah pada 20 November sementara hari mengundi awal ditetapkan pada 16 November dan penamaan calon pada 8 November.

awani

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker