Pemimpin Umno ‘Pro-PPBM’ mahu lakukan ‘undi silang’?

 

 

Ura-ura berlakunya ‘undi silang’ sudah mula kedengaran dalam mesyuarat ‘rahsia’ whatsapp kalangan pemimpin tertentu yang pro-PPBM.

Benarkah dakwaan tersebut atau sekadar khabar angin bagi merencatkan strategi Umno/BN?

Bagi mereka, tidak mengapa calon BN yang lain kalah di peringkat DUN dan membuka peluang kepada calon PPBM tetapi mereka perlu menang di Parlimen. 

Rangka strategi sebegini dikatakan akan dipersetujui ‘broker’ bagi memudahkan mereka mengatur siapa akan membentuk kerajaan negeri seterusnya mempengaruhi keputusan di peringkat nasional.



‘Undi silang’ akan memastikan calon pilihan mereka menguasai 50% DUN di negeri tertentu dan 50% parlimen untuk memberi tekanan terhadap Umno dalam menentukan pentadbiran negeri serta pentadbiran peringkat pusat.

Bagaimanapun sebelum itu, mereka perlu mendesak perwakilan yang bermesyuarat BERSETUJU agar pemilihan parti disegerakan. Ini bagi memastikan mereka boleh membuat keputusan mengikut perancangan yang dipersetujui.

Mengapa pemilihan perlu disegerakan? Ada beberapa kemungkinan yang boleh difikirkan, antaranya ialah Umno perlu akur dengan kehendak ‘broker politik’ dan mengikut apa sahaja yang telah diputuskan tanpa sebarang pertikaian.

Agenda untuk mendesak Umno menerima parti lain sebagai ‘rakan sebantal’ adalah bagi menafikan keputusan PAU 2020 yang ditetapkan para perwakilan sendiri.



Mampukah para ‘broker politik’ berbuat demikian?

Arau sedia serahkan kerusi kepada PPBM?

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker