PH Gunakan Pandora Papers Tipu Rakyat Pula

 

Pemerintahan Pakatan Harapan(PH) selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) merupakan antara detik hitam negara. Ekonomi negara hancur dan rakyat sangat menderita ketika itu. Sebagaimana yang kita tahu untuk memenangi PRU-14, PH telah menggunakan 1MDB untuk menipu rakyat Malaysia.

Kini PH dilihat cuba menggunakan Pandora Papers pula untuk sekali lagi membohongi rakyat Malaysia.

Terbaharu, Pemuda PH dan komponen telah membuat laporan polis supaya siasatan dipercepat ke atas dakwaan Pandora Papers yang dikatakan mendedahkan pelbagai aktiviti kewangan luar pesisir dalam usaha menyembunyikan aset yang berjumlah berbilion-bilion ringgit. Pengaliran wang Malaysia ke luar negara secara HARAM yang berjumlah RM 1,800 Billion dari tahun 2005 sehingga 2015, seperti yang telah dilaporkan oleh Global Financial Integrity (GFI).

Mungkin ramai yang kurang faham berkenaan “Trade mispricing” atau “trade mis-invoicing” yang menyebabkan hampir semua aliran keluar wang haram ratusan bilion Ringgit yang dipetik laporan Global Financial Integrity (GFI) yang PH berulang kali mahu kaitkan dengan Pandora Papers untuk menipu Rakyat.

Persoalan yang PH perlu jawab, mengapa kerajaan PH dahulu tidak pernah mahu siasat laporan GFI berkenaan “Trade mispricing” yang menyebabkan hampir semua aliran keluar wang haram ratusan bilion Ringgit (Pandora Papers) atau mengambil langkah untuk melawan aktiviti-aktiviti ini?

Mengapa hanya setelah PH tidak menjadi kerajaan baru mereka mahu kaitkan laporan GFI ini dengan Pandora Papers pula? Adakah mereka melihat ini sebagai peluang untuk menipu rakyat Malaysia sekali lagi?



Dalam perkara ini, Datuk Seri Najib sangat menyokong siasatan isu laporan GFI Pandora Papers oleh BNM dan SPRM. Malah beliau turut mengalakkan agar perkara ini dibawa ke parlimen.

Dana haram berjumlah RM1.8 TRILION telah dibawa keluar dari Malaysia dari 2004 hingga 2014.Berdasarkan kepada nisbah per kapita, Malaysia menduduki tempat pertama.

Kebanyakan pengaliran keluar dana haram ini adalah dari perbezaan pemindahan harga tidak betul (transfer mispricing) berikutan perbezaan kadar cukai antara negara. Contohnya, dua negara berbeza di mana cukai bagi negara M ialah 27% manakala cukai bagi negara B adalah 17%.
Syarikat di negara M (Syarikat M) akan ambil kesempatan dari perbezaan ini untuk memindah keluar secara haram keuntungan dan dana mereka ke negara lain untuk tidak dikenakan cukai tinggi.

Syarikat M yang mengeluarkan produk di negara M untuk eksport ke Amerika Syarikat, kemudiannya akan menubuhkan sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya atau menggunakan proksi di negara B.
Syarikat M akan menjual produknya kepada Syarikat B pada harga sangat rendah, mengakibatkan keuntungan rendah bagi Syarikat M di negara M. Syarikat B kemudiannya menjual produk ini ke syarikat Amerika Syarikat pada harga lebih tinggi, setinggi harga runcit di Amerika Syarikat.

Hasilnya, syarikat M mencatatkan keuntungan rendah dan untuk itu, membayar cukai sedikit sahaja di negara M. Kebanyakan keuntungan diraih syarikat B yang berfungsi sebagai orang tengah sahaja dan kemudiannya membayar cukai lebih rendah memandangkan kadar cukai di negara B adalah lebih rendah dari negara M.

Sebab itu kita dapat lihat banyak produk eksport Malaysia dieksport kembali oleh negara lain.
Situasi yang sama turut berlaku bagi import di mana syarikat M akan membeli bahan mentah ataupun peralatan pada harga yang sangat tinggi dari syarikat B menyebabkan keuntungan dan cukai perlu dibayar syarikat M berkurangan manakala keuntungan diraih syarikat B di negara B melonjak tinggi berikutan kadar cukai rendah di negara B.Hong Kong antara negara-negara perdagangan kita yang cukai korporatnya lebih rendah dari Malaysia.

Negara M sudah tentu terjejas berikutan kehilangan dana dan kutipan cukai rendah manakala keuntungan bagi negara B meningkat biarpun tanpa melakukan apa apa kecuali wujudnya syarikat sebagai orang tengah. Negara M ialah Malaysia dan masalah ini sudah berlaku bagi tempoh yang lama.

Pada 2005 sahaja, Malaysia kehilangan US$35 bilion (RM146 bilion) iaitu 25 peratus daripada KDNK oleh kerana tindakan pemindahan dana atau keuntungan secara tidak beretika ini.

mykmu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker