Nasib Lebai Malang menimpa bekas Yb ‘Beliau’

Norhizam Hassan Baktee

 

Nasib ‘Lebai Malang’ menimpa Datuk Norhizam Hassan Baktee atau dikenali sebagai yb ‘beliau’ apabila DAP menolaknya dari menjadi calon DAP pada Pilihanraya Negeri Melaka.

Dalam pertemuan beliau bersama Anwar Ibrahim di sebuah hotel terkemuka Melaka malam semalam, Norhizam dikatakan akan bertanding atas tiket DAP untuk Pakatan Harapan.

Kenyataan DAP

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata sebaliknya dan menolak Norhizam daripada mewakili DAP.

Apa sudah jadi dengan Pakatan Harapan sebenarnya?

Norhizam sebelum ini merupakan calon DAP, menang di Dun Pengkalan Batu.

Menjadi wakil rakyat bebas apabila PH Melaka jatuh.

Beliau bersama 3 lagi Adun bertindak menarik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka.

Datuk Norhizam Hassan Baktee

Menariknya beliau mengakui telah bertemu dengan Tun Mahathir yang merupakan Pengerusi Parti PEJUANG.

Namun begitu, dikatakan PEJUANG enggan mengambil risiko membawa Norhizam ke parti itu.

Dikenali sebagai seorang yang kuat ‘cari gaduh’ dalam Dewan Undangan Negeri, Norhizam kini tergapai-gapai mencari arah tuju karier politik selepas ditolak Guan Eng.

Ibarat kisah ‘Lebai Malang’, Norhizam perlu mengaku beliau telah tersalah langkah bila mengikuti Idris Haron.

Penolakan Norhizam dari mewakili DAP dikatakan ada kaitan dengan syarat yang beliau letakkan. Desas-desus menyatakan beliau mahu jawatan Exco Kanan dalam kerajaan Melaka sekiranya PH berjaya menawan Melaka.

Benarkah begitu? Hanya DAP dan Norhizam mempunyai jawapannya.

Idris Haron mengaku 4 kali jadi ‘pengkhianat’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker