Idris Haron gariskan 47 sebab BN kalah

Datuk Seri Idris Haron

Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron menggariskan 47 kajian penyebab BN kalah pada PRU14 pada Mei 2018.

Beliau juga memberitahu apabila UMNO tidak meletakkan Mahathir di tempat yang sepatutnya itu merupakan antara penyebab utama BN kalah.

 

Selain itu, Idris juga menyatakan kegagalan mengendali media sosial juga antara sebab mengapa Barisan Nasional kalah pada PRU14.

“ada yang jadi ceo, takde kelulusan pun dapat jadi ceo dapat gaji tinggi”



Pengakuan ini agak mengejutkan kerana ternyata berlaku ‘kronisme’ pada zaman beliau menjadi Ketua Menteri Melaka. Bagaimana seorang yang tidak mempunyai kelulusan boleh diberikan tanggungjawab besar menjadi CEO?

Mungkin ini antara sebab mengapa Melaka tumbang di tangan PH ketika beliau mengetuai jentera BN Melaka dalam PRU14 lepas.

Kini Idris telah menyertai PKR dan buat pertama kalinya beliau melaungkan ‘reformasi’ di pentas politik. Beliau akan menjadi calon Pakatan Harapan pada PRN Melaka kelak.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker