Idris masuk PKR untuk selamatkan Umno Melaka?

Idris haron masuk pkr untuk selamatkan umno melaka

 

Bekas Adun Sg Udang, Datuk Seri Idris Haron mendakwa apa yang dilakukan beliau bersama 3 bekas Adun adalah untuk menyelamatkan Umno.



Idris berkata demikian semasa ditemui krew MyTvOnline semasa sesi rakaman Anda Musykil Kami Terjah.

Bagaimanapun kini timbul persoalan bagaimana beliau (Idris) boleh mendakwa mahu selamatkan Umno dengan menyertai Pakatan Harapan selepas dipecat Umno.

Jika beliau benar-benar mahu menyelamatkan Umno Melaka seperti dakwaannya, beliau perlu berani bertanding secara bebas tanpa menggunakan platform mana-mana parti untuk membuktikan apa yang dilakukannya betul.

Bayangkan selama ini Idris bertanding atas tiket BN , namun dek kerana mahu kuasa, beliau dengan rasminya melaungkan ‘Reformasi’ yang amat popular pada 1998-1999.



Inikah cara Idris menyelamatkan Umno Melaka?

Rakyat Melaka perlu menilai semula kedudukan Idris yang dikhabarkan akan meninggalkan Dun Sg Udang dan beralih ke Dun Asahan dalam PRN Melaka.

Idris Haron mengaku 4 kali jadi ‘pengkhianat’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button