“Mana gaji kami?”- pengawal keselamatan Sekolah

pengawal keselamatan Perlis

 

Selain kelewatan, pengawal keselamatan yang bekerja di bawah sebuah syarikat swasta itu juga tidak menerima gaji selama dua bulan bermula Ogos.

“Mereka menerima gaji untuk bulan Julai 2021 pada 24 September 2021, sementara gaji untuk bulan Ogos dan September 2021 masih belum diterima sehingga kini.

“Pengawal-pengawal keselamatan ini bimbang tarikh pembayaran gaji akan dilewatkan lagi dan gaji untuk bulan Oktober 2021 serta bulan-bulan yang akan datang juga akan mengalami masalah yang sama,” katanya dalam kenyataan.

JPKK berkata, tiada sebab syarikat terbabit tidak menyalurkan gaji kepada pengawal keselamatan mereka memandangkan bayaran dibuat secara terus oleh kerajaan.

“Oleh itu adalah tidak masuk akal untuk pihak syarikat lewat dalam membayar gaji kepada pekerja-pekerjanya kecuali berlakunya kelewatan pembayaran daripada KPM.

“Kami memohon KPM mengambil tindakan segera bagi memastikan syarikat terbabit membayar segala tunggakan gaji kepada pekerjanya dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu.

Kerajaan sebelum ini melantik syarikat swasta secara kontrak untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan kawalan keselamatan, namun timbul pula dakwaan berlaku eksploitasi terhadap pekerja oleh syarikat swasta tertentu.

Selain itu, JPKK berkata, syarikat yang gagal menjamin hak pekerja dengan membayar gaji tepat pada masanya mengikut ketetapan Akta Kerja 1955 harus disenaraihitamkan daripada terus mendapat kontrak perkhidmatan kawalan keselamatan daripada mana-mana agensi kerajaan.

FMT

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker