Biden umum pilihannya untuk Ketua Turus Rumah Putih

1e1d967a70cae384eda704d435e48e9a5fa75cd197fa2

US President-elect Joe Biden

WASHINGTON, 12 Nov — Presiden Amerika Syarikat yang dipilih Joe Biden pada Rabu mengumumkan Ron Klain bakal berkhidmat sebagai Ketua Turus di Rumah Putih, lapor agensi Anadolu.

Sebagai pembantu yang telah lama bersama Biden, Klain akan memantau Pejabat Eksekutif Presiden dan berkhidmat sebagai penasihat kanan.

“Ron sangat penting kepada saya, berada disisi saya, sejak bertahun-tahun kami bekerjasama, termasuk ketika kami menyelamatkan ekonomi Amerika daripada kemerosotan terburuk dalam sejarah pada 2009 dan ketika darurat kesihatan awam pada 2014,” kata Biden dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pengalaman, kemampuan mendalam dan keupayaan Klain untuk bekerja dengan orang-orang di seluruh spektrum politik adalah apa yang saya perlukan sebagai Ketua Turus Rumah Putih ketika kita menghadapi saat krisis ini dan menyatukan kembali negara kita. ”

Klain berkata beliau berbesar hati berkhidmat untuk Biden dan berharap dapat membantunya dan Naib Presiden dipilih Kamala Harris.

Pelantikan Klain,59 adalah yang pertama bagi Biden, yang memenangi persaingan presiden 3 November menentang pesaingnya dari Republikan, Donald Trump.

Dari 2009-2011, Klain adalah Ketua Turus Biden di bawah pentadbiran bekas Presiden Barack Obama dan sebelumnya berkhidmat sebagai ketua turus kepada Naib Presiden Al Gore semasa pemerintahan Clinton.

Beliau juga memantau tindak balas pentadbiran Obama terhadap wabak Ebola di Afrika Barat pada akhir 2014 dan awal 2015.

Klain menyertai kempen presiden Biden tahun ini sebagai penasihat kanan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker