PPBM pengkhianat mandat rakyat – Adly Zahari

ADLY ZAHARI - AMANAH

Bekas Ketua Menteri, Adly Zahari menyifatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebuah parti pengkhianat mandat rakyat.

Beliau berkata demikian dalam temuramah Anda Musykil Kami Terjah yang dirakamkan di pejabat Pusat Khidmat Bukit Katil, Melaka.

“kalau kita lihat, memang kita punya majoriti 15 daripada 28… kita tidak banyak isu besar kecuali daripada tindakan PPBM itu sendiri keluar dari Pakatan Harapan”

“terasnya ialah langkah yang dilakukan PPBM, bagi saya bila kita mengkhianati mandat itu, kesannya ialah ketidakstabilan politik sehingga sekarang, sebab itu teras kehilangan kuasa itu ialah pengkhianatan oleh PPBM” – Adly Zahari.

Adly turut menafikan Pakatan Harapan akan melantik Idris Haron sebagai Ketua Menteri sekiranya mereka berjaya mengambil alih kerajaan selepas Idris bersama 3 Adun menarik sokongan kepada Datuk Seri Sulaiman Ali.

Jelas sekali selaku Pengerusi Pakatan Harapan Melaka, luka yang ditinggalkan PPBM masih berdarah dan untuk menerima kembali PPBM kembali ke PH agak sukar dibuat.

“dalam Pakatan Harapan memang kita telah lama hilang kepercayaan terhadap PPBM” – Adly Zahari.

Untuk menonton video temuramah secara penuh yang akan disiarkan jam 9 malam ini, sila layari page facebook – Menjelang PRU

Pengerusi PH akan tentukan kerusi saya – Norhizam

Leave a Reply