Rappers terkenal ‘sound’ artis dan hos berhubung isu babak rogol

RANCANGAN bual bicara yang cetuskan kontroversi dan dikritik netizen

“Pakai Otak Sikit, Baik Korang Berhenti Kerja Sajalah”, kata Joe Flizzow dipercayai ditujukan kepada beberapa artis dan hos sebuah rancangan berkenaan isu rogol diperkatakan.

Kelmarin tular di media sosial mengenai temubual antara beberapa orang pelakon iaitu Fauzi Nawawi, Shuk Sahar menceritakan aksi rogol dalam lakonan filem Anak Halal bersama dengan pelakon, Raja Farah.

Berikutan itu, ramai netizen malah selebriti tempatan sendiri tampil luahkan rasa tidak puas hati serta menganggap perkara itu tidak sepatutnya disiarkan kepada tontotan umum.



Pendapat berkenaan disokong oleh penyanyi rap terkemuka negara itu apabila Joe Flizzow juga terpanggil memberi komen dengan menganggap golongan selebriti patut menjadi contoh ikutan baik kepada masyarakat.

“Kepada artis-artis atau TV host kat luar sana yang ingat isu rogol dan sexual harassment ni kelakar, korang baik berhenti kerja lah.

“Pakai otak sikit korang ni, role model tidak sepatutnya promote isu bodoh macam ni,” komen Joe Flizzow dikongsikan menerusi Instagram Story.

Joe dalam pada itu berkata, isu sensitif seperti itu tidak sepatutnya menjadi budaya dalam kalangan rakyat Malaysia.



Tambahnya lagi, artis yang menganggap perkara tersebut seperti suatu main-main boleh dilabel sebagai seorang yang tidak matang dan profesional jauh sama sekali.

“Saya malas nak expose kamu, tapi apa saya perlu katakan cukuplah..saya memang patut cakap fasal benda ni. Jadi saya nak cakap. Ini bukan budaya yang sepatutnya ada di Malaysia. Jangan rosakkan pemikiran.

Terdahulu, media sosial terutama laman Twitter kecoh apabila sebuah klip video pendek daripada aplikasi TikTok memaparkan aktor Fauzi Nawawi berkongsi pengalamannya membawakan watak perogol yang memerlukan dia beraksi bersama aktres Raja Farah.

Bagaimanapun, Fauzi kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Raja Farah dan keluarga setelah dikritik hebat oleh netizen.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker