Pejuang tidak sabar menanti habuan untuk PRN Melaka

 

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir secara sinis mengatakan beliau tidak ‘sabar’ menanti habuan yang bakal diumumkan kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.

Malahan dakwanya, PRN itu juga bakal menyaksikan parti-parti kerajaan akan berlawan sesama sendiri.

“Syok juga nak tengok apa projek dan habuan yang akan Pak-pak Menteri umum di PRN Melaka nanti bila parti-parti kerajaan berlawan antara satu sama lain.



“Sepatutnya bajet kementerian tak boleh diguna utk kempen PRN. #perangirasuah,” ciapnya di Twitter pada Khamis.

Pada Isnin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ditetapkan pada 20 November ini.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 pada 4 Oktober lalu selepas Datuk Seri Sulaiman Md Ali hilang majoriti sokongan sebagai Ketua Menteri.

Ia berikutan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ketika itu menarik balik sokongan kepada kepimpinan beliau, iaitu Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu).

Syok juga nak tengok apa projek & habuan yg akan Pak2 Menteri umum di PRN Melaka nanti bila parti2 Kerajaan berlawan antara satu sama lain. Sepatutnya bajet Kementerian tak boleh diguna utk kempen PRN.

sinar

Leave a Reply