Penyelam jumpa pedang perang salib 900 tahun

 

Seorang penyelam yang sedang menyelam di pesisir pantai HaCarmal, Haifa Israel terkejut selepas terjumpa sebilah pedang perang salib berusia kira-kira 900 tahun.

Penemuan hebat itu dibuat Shlomi Katzin ketika menyelam di sebuah teluk semula jadi berhampiran kota pelabuhan purba, yang ditawan tentera salib dari Arab pada awal abad ke-12 Masihi.

Tapak ini merupakan pusat berlabuhnya kapal-kapal yang mencari perlindungan, yang menurut penemuan arkeologi telah digunakan secara aktif sejak Zaman Akhir Gangsa, 4,000 tahun yang lalu.

Ketika asyik meneliti sauh batu dan logam yang ditemui di dasar laut, Katzin terjumpa pedang besi bertatah sepanjang satu meter dengan hulu berukuran 30 sentimeter.

Katzin membawa pedang itu keluar dan melaporkan penemuannya kepada inspektor Unit Pencegahan Rompakan Pihak Berkuasa Antikuiti Daerah Utara Israel.

Inspektor Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, Nir Distelfeld, berkata: “Pedang besi itu tersimpan dalam keadaan sempurna dan merupakan satu penemuan yang mengagumkan dan jarang berlaku. Ia jelas milik seorang tentera Perang Salib.

Penemuan objek peribadi sebegini sangat mengujakan, sekali gus membawa anda kembali ke 900 tahun yang lalu ke era yang berbeza, dengan ksatria, baju besi, dan pedang.”

Ketua Pengarah, Pihak berkuasa Antikuiti Israel, Eli Escosido berkata: “Setiap artifak purba yang dijumpai membantu kita menjawab teka-teki berhubung sejarah Tanah Israel.

Setelah pedang itu dibersihkan dan dikaji di makmal Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, kami akan memastikan ia dipamerkan kepada umum.”

FMT

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker