Presiden PPBM buat lawak PRN Melaka, mahu berbaik dengan semua

Oleh – Amran Klebang

 

Melucukan lawak yang didendangkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau menyatakan mahu berbaik dengan semua menjelang PRN Melaka.

Sejarah penubuhan PPBM sendiri berlaku dengan matlamat menjadi parti Melayu terbesar dan dominan untuk menggantikan UMNO.

 

Penubuhan PPBM

 

KRISIS PAKATAN HARAPAN BERMULA DENGAN PPBM

Krisis dalaman PH berlaku apabila Mahathir sengaja melengah-lengahkan penyerahan kuasa kepada Anwar Ibrahim sebagaimana dipersetujui Pakatan Harapan. 

PPBM yang masih mahu kekal memegang tampuk pemerintahan Putrajaya mula mengorak langkah untuk menarik diri dari gabungan PH dengan ‘Langkah Sheraton’.

Gerakan tersebut menyaksikan PKR menerima tempias apabila 10 ahli parlimen mereka membelot serta mengkhianati parti dan Presiden sendiri.

 

 

Pernah sebumbung dengan DAP, AMANAH dan PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dilabelkan sebagai PENGKHIANAT oleh Pakatan Harapan selepas parti itu bertindak keluar dari gabungan PH.

ADLY SIFATKAN PPBM PENGKHIANAT MANDAT RAKYAT

Kenyataan Pengerusi AMANAH Melaka, Adly Zahari mengesahkan gelaran pengkhianat terhadap PPBM yang menjadi antara punca kerajaan PH Melaka tumbang.

Lihat sahaja cara mereka (PPBM) ‘mencuri’ ahli parlimen BN untuk menguatkan kedudukan di Parlimen sehingga membuatkan Umno kehilangan kerusi yang agak drastik.

Di Melaka tidak kurang hebatnya percubaan ‘menawan’ Adun untuk bersama PPBM namun kerana sikap ego epmimpin PPBM sendiri, ‘pelawaan’ mereka tidak dilayan.

Muhyiddin sedar PPBM tidak mempunyai jentera pilihanraya, jadi untuk memudahkan mereka ‘mengkudakan’ PAS dan Gerakan maka pendekatan berbaik perlu dilakukan.

PEMIMPIN UMNO pro-PPBM PERLU SEDAR DIRI

Dalam pada itu beberapa kenyataan pemimpin Umno pro-PPBM mula dimainkan dalam media sosial.

Menyusun ayat-ayat indah berkaitan perlunya bergabung sebagai sebuah gabungan yang kuat pasti akan mengalahkan Pakatan Harapan. 

Ini bukan masa untuk Umno berpuisi atau bersajak seperti ‘Majnun memujuk Laila’ tetapi ini adalah cerminan untuk Umno bersedia dengan realiti PRU15 kelak.

PRN MELAKA JADI RUJUKAN PRU15

Apa juga keputusan PRN Melaka, Umno perlu jadikan rujukan gambaran kemahuan serta harapan rakyat kepada sebuah kerajaan yang stabil dan mampu menjaga mereka dalam tempoh mandat yang diberikan.

Pemimpin Umno pro-PPBM perlu sedar, dalam Pau 2020, ketetapan telah dibuat untuk menghadapi pilihanraya dan seharusnya mereka menghormati ketetapan tersebut.

Seeloknya mereka yang pro-PPBM mengambil langkah terbaik meninggalkan Umno jika tidak yakin lagi dengan pendirian akar umbi serta keputusan parti.

Umno sebenarnya tidak perlu ‘lembut hati’ untuk di’bodoh’kan sekali lagi. Usah terpedaya sepertimana yang terjadi di PRN Sabah.

PPBM pengkhianat mandat rakyat – Adly Zahari

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker