Presiden Singapura antara paling berpengaruh

 

Presiden Singapura, Halimah Yacob kekal disenaraikan dalam kalangan 50 individu Muslim paling berpengaruh di dunia buat lima tahun berturut-turut.

Halimah berada di kedudukan ke-36 dalam senarai berkenaan yang dikeluarkan The Royal Islamic Strategic Studies Centre yang berpangkalan di Amman, Jordan melalui penerbitan Senarai 500 Muslim Paling Berpengaruh Dunia 2022.

Selain Halimah, pemain bola sepak Mesir dan Liverpool, Mohamed Salah atau lebih dikenali dengan panggilan Mo Salah berada di kedudukan ke-41 dalam senarai berkenaan.



Individu yang menduduki tangga teratas adalah Raja Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani diikuti Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud (kedua); Pemimpin Iran, Ayatollah Hajj Sayyid Ali Khamenei (ketiga); Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan (keempat) dan Raja Jordan, Raja Abdullah II (kelima).

Individu lain yang berada dalam senarai itu adalah Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan yang berada di kedudukan ke-10; Presiden Indonesia, Joko Widodo (ke-13) dan ulama Mesir, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi (ke-31).

Penerbitan berkenaan juga turut menamakan Presiden Tanzania, Samia Suluhu Hassan sebagai Wanita Tahun Ini dan Ketua Pegawai Eksekutif BioNTech yang juga ahli imunologi, Ugur Sahin sebagai Lelaki Tahun Ini.

Agensi

Leave a Reply