Sah!!! Yb Beliau bukan calon Pakatan Harapan PRN Melaka

Norhizam Hassan Baktee

Secara sah Datuk Norhizam Hassan Baktee atau dikenali sebagai Yb Beliau tidak akan menjadi calon Pakatan Harapan di PRN Melaka.

Perkara tersebut disahkan dalam satu kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dikeluarkan petang tadi.

Kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan

Norhizam Hassan Baktee bertanding di Pengkalan Batu atas tiket DAP namun bertindak keluar parti dan menjadi Adun Bebas menyokong PN.

Bagaimanapun beliau kemudiannya bertindak menarik sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Ali bersama 3 lagi Adun.

Kini Yb Beliau hanya mempunyai satu jalan sekiranya masih mahu bertanding di kerusi PRN Melaka.

Sertai PEJUANG dan jadi calon untuk berentap dengan pencabarnya di Pengkalan Batu.

Norhizam Hassan Baktee

Itu sahaja yang dapat menebus maruahnya sebagai seorang wakil rakyat yang bekerja untuk rakyat.

Pihak kami cuba menghubungi Norhizam namun gagal mendapatkannya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker