Sane cemerlang bantu Bayern Munich

 

Leroy Sane meledak dua gol pada babak kedua yang mencetuskan inspirasi kemenangan 4-0 Bayern Munich ke atas Benfica awal pagi tadi ketika gergasi Jerman itu mengekalkan rekod sempurna mereka dalam Liga Juara-Juara musim ini.

Bayern kini menang tiga perlawanan tanpa melepaskan gol dan hanya selangkah untuk ke pusingan seterusnya dengan kelebihan lima mata di persada Kumpulan E.

Juara enam kali Piala Eropah itu dua kali dinafikan gol selepas melihat rakaman Video Bantuan Pengadil (VAR) pada sejam pertama sebelum Sane akhirnya memecah benteng Benfica 20 minit sebelum tamat.

Pemain antarabangsa Jerman itu menambah satu lagi gol dan satu bantuan pada penghujung saingan ketika tuan rumah tumbang dan Bayern mencatat satu lagi kemenangan selesa dalam Liga Juara-Juara musim ini.

Bayern beraksi tanpa beberapa pemain utama termasuk Leon Goretzka, Alphonso Davies dan ketua jurulatih, Julian Nagelsmann yang tidak hadir kerana jangkitan selesema.

Bagaimanapun mereka bermula baik dengan arahan diberikan pembantu jurulatih, Dino Toppmoeller.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker