Sultan Ibrahim terima mengadap Wan Junaidi

 

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini (21 Oktober).

Pertemuan berlangsung lebih sejam di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru dengan perbincangan yang tertumpu kepada isu Pulau Batu Puteh.

Turut hadir di pertemuan itu, Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli.

 

Leave a Reply