“Bodoh sangatkah saya? Saya tiada kredibilti?” – Sulaiman Ali

Datuk Seri Sulaiman Md Ali

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menafikan beliau dipengaruhi Datuk Abd Rauf Yusoh.

“Bodoh sangatkah saya? Saya langsung tiada kredibiliti?”

“bila saya dilantik sebagai Ketua Menteri, saya beritahu Rauf…Datuk..ini garisan…you jangan cross this line and i will not cross the line” – Sulaiman Ali.

 

 

Beliau juga menafikan dakwaan sering menangguhkan keputusan Mesyuarat Exco Negeri. Sulaiman menjelaskan apa sahaja keputusan Exco perlu ada persetujuan konsensus dan ditangguh sekiranya ada yang membantah sehingga satu keputusan sebulat suara dicapai.



4 Adun yang menarik sokongan daripada Sulaiman mendakwa Ketua Menteri itu dipengaruhi Rauf selaku Pengerusi Perhubungan Negeri Umno Melaka. Mereka dikenali sebagai ‘Melaka Four’ turut mendakwa Rauf mempengaruhi Sulaiman sehingga mengikut telunjuk Rauf dalam mentadbir Melaka.

“mana mungkin Datuk Rauf boleh mencampuri urusan saya (mentadbir negeri), keputusan itu adalah keputusan bersama (semua Exco)…bagaimana saya boleh merujuk Rauf?”

Jawapan secara telus dari Datuk Sulaiman menjawap semua tohmahan terhadap beliau dan pentadbiran Kerajaan Melaka yang dilemparkan oleh Idris Haron, Nor Azman, Norhizam dan Effandi semasa menarik sokongan terhadap Ketua Menteri.

Tindakan ‘Melaka Four’ telah menyebabkan TYT Melaka membubarkan Dewan undangan Negeri sekaligus memaksa Pilihanraya Negeri diadakan.



Suruhanjaya Pilihanraya telah mengarahkan PRN Melaka diadakan pada 20 November 2021.

Tidak ada sebarang konsesi tambak laut atau mengalih Masjid Selat – Sulaiman Ali

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker