Belanjawan 2024 harus tumpu pada kesedaran 5G – Penganalisis

Belanjawan 2024 harus tumpu pada kesedaran 5G – Penganalisis

Belanjawan 2024 harus tumpu pada kesedaran 5G - Penganalisis
Belanjawan 2024 harus tumpu pada kesedaran 5G – Penganalisis

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu terus memacu kesedaran penggunaan rangkaian 5G dalam kalangan pengguna, perniagaan dan teknologi baharunya untuk meningkatkan penerimagunaan rangkaian itu dalam Belanjawan 2024, kata seorang penganalisis.

Belanjawan 2024, yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 13 Oktober ini, akan menjadi belanjawan kedua diumumkan oleh Kerajaan Perpaduan.

Penganalisis prinsipal GlobalData Alfie Amir berkata, kesedaran 5G boleh direalisasikan dengan melaksanakan teknologi berkaitan 5G dalam kalangan pihak-pihak berkaitan untuk meneraju kadar penerimagunaan.

“Tumpuan perlu ditekankan kepada membangunkan peraturan berkaitan penggunaan peribadi spektrum 5G untuk menggalakkan penerimagunaan rangkaian 5G persendirian, bersama-sama dengan teknologi baharu seperti pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan generatif (gen-AI).

“Kita juga perlu menimbang membangunkan peraturan berkaitan AI untuk memacu kesedaran dan penerimagunaan teknologi kerana masih terdapat kebimbangan mengenai privasi dan keselamatan,” katanya kepada Bernama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir liabiliti, antara faktor kekalahan PN.


Alfie berkata, mempercepatkan pelaksanaan model dwirangkaian untuk pelaksanaan 5G akan memacu inovasi 5G syarikat telekomunikasi dan mempercepatkan pembangunan pasaran.

Sehingga September 2023, liputan rangkaian 5G Malaysia di kawasan berpenduduk berada pada 70.2 peratus, dengan langganan 5G sebanyak 2.49 juta, diterjemahkan kepada kadar penembusan 7.4 peratus.

Menurutnya, penyedia telekomunikasi Malaysia terus menunjukkan prestasi baik pada 2023, disokong oleh pertumbuhan stabil di tengah-tengah pasaran mudah alih yang tepu, peningkatan persaingan dan situasi 5G di negara ini.

GlobalData menganggarkan pasaran akan terus berkembang sebanyak 2.6 peratus kepada RM30.8 bilion pada tahun ini, katanya.

Segmen talian tetap, yang merangkumi kira-kira satu perempat daripada jumlah pasaran, dijangka berkembang sebanyak 5.2 peratus tahun ini, didorong oleh langganan baharu di kawasan baharu walaupun terdapat persaingan sengit dan penurunan harga.

Pasaran mudah alih, yang membentuk 74 peratus daripada jumlah pasaran, dijangka meningkat hanya 1.6 peratus tahun ke tahun pada 2023.

Belanjawan 2024 harus tumpu pada kesedaran 5G – Penganalisis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker