Kena saman sebab main seruling sambil memandu

 

Seorang lelaki dikenakan saman oleh polis Kanada selepas didapati memandu sambil meniup seruling.

Jabatan Polis Daerah Halton (HRPD) dalam satu kenyataan di akaun Twitter rasmi memaklumkan, kejadian berlaku pada 4 petang waktu tempatan Rabu lepas.

 

kena saman main seruling

“Anggota polis trafik yang bertugas menahan seorang lelaki kerana dipercayai menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

“Apabila individu itu ditahan, anggota tersebut terkejut apabila apa yang disangkakan telefon bimbit, sebenarnya seruling,” katanya.

 

 

Jurucakap HRPD memberitahu CCTV News, individu itu dikesan bermain seruling itu ketika menunggu di lampu merah isyarat trafik dan dia terus memainkannya selepas lampu bertukar ke hijau.



Pemandu di Ontario dilarang menggunakan telefon bimbit serta pelbagai gajet lain termasuk GPS ketika memandu atau berhenti di lampu isyarat, menurut laman web pihak berkuasa.

Namun penggunaan alat yang menggunakan Bluetooth dibenarkan.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker