PRN Melaka ; Mas Ermieyatie akan lawan Rauf di Tanjung Bidara?

 

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyatie Samsudin cuba memberi bayangan beliau akan bertanding melawan Pengerusi Perhubungan Negeri Umno, Dato Sri Rauf di Dun Tanjung Bidara?

 

Mas Ermieyatie

 

Mas membuat hantaran mengenai perlawanan bolasepak cuba memerli Dato Sri Najib membandingkan antara pasukan kegemaran beliau dan Najib.

“cuma nanti PRN di Masjid Tanah, DSN dan tim janganlah balik awal. Bimbang-bimbang esok pagi tengok keputusan pergi gym pun tak lalu. Agak-agak orang Masjid Tanah bagi berapa?”

Bekas Ketua Puteri Umno itu menang di Parlimen Masjid Tanah atas tiket BN pada PRU14 dengan majoriti 8,159 menewaskan calon Pakatan Harapan, namun mengambil keputusan ‘melompat’ ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

 

keputusan Pru14 Parlimen Masjid Tanah

 

Mas Ermieyatie yang dikatakan akan meninggalkan kerusi Masjid Tanah pada Pru15 untuk survival politiknya akan memilih untuk bertanding di DUN sahaja sebagai persediaan namun sejauh mana kesahihan khabar itu tidak dapat dipastikan.

Nama beliau juga agak ‘panas’ akan dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka sekiranya berjaya menewaskan Rauf di PRN Melaka.

Perikatan Nasional telah menetapkan untuk bertanding di semua 28 kerusi DUN Melaka dalam PRN Melaka.

BN dalam pada itu sedang memperhalusi senarai nama calon mereka dan dijangkakan ramai ‘muka baru’ akan ditampilkan kali ini.

PRN Melaka : Muka baru warnai BN

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker