PRN Melaka ; Pengkalan Batu, Telok Mas & Bukit Baru akan jadi milik BN

 

Dun Pengkalan Batu, Telok Mas dan Bukit Baru dijangkakan akan menjadi milik BN pada PRN Melaka 20 November ini.

Meneliti keputusan PRU14, ketiga-tiga DUN ini, pola pengundi mengikut kaum memihak kepada Melayu yang rata-rata melebihi 50%.

Bagaimanapun segalanya terpulang kepada kehendak dan kemahuan pengundi itu sendiri. Risiko untuk tersalah pilih tetap ada namun sekiranya mereka mahu membetulkan semual keadaan, inilah masa terbaik untuk berbuat demikian.

Pecahan kaum mengikut DUN.

  • N15 Pengkalan Batu – 65% Melayu
  • N18 Ayer Molek – 88% Melayu
  • N17 Bukit Katil (Bukit Baru) – 65% Melayu
  • N23 Telok Mas – 74% Melayu

Semua ini boleh direalisasikan dengan kerja keras jentera BN memastikan semua pengundi di 3 DUN keluar mengundi.

Manifesto BN juga akan memberi impak yang sangat baik untuk dipertimbangkan pengundi Melaka berbanding manifesto Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Penawaran ‘muka baru’ sebagai calon BN akan mempengaruhi sentimen pengundi yang rata-rata mahu pembaharuan dalam memilih sebuah kerajaan yang lebih baik untuk Melaka itu sendiri.

Apa yang penting ialah pertimbangan pengundi itu sendiri samada mahu mengekalkan kuasa kepada Pakatan Harapan, Perikatan Nasional atau memulangkan kembali tampuk kepada Barisan Nasional.

Mereka berhak menilai parti mana yang akan memenuhi aspirasi rakyat Melaka.

PPBM pengkhianat mandat rakyat – Adly Zahari

 

 

Leave a Reply