PRN Melaka; Duyong kembali ke BN jika letak orang muda sebagai calon

 

Dun Duyong dalam Parlimen Kota Melaka dijangkakan antara menjadi tumpuan pada PRN Melaka. Pada Pru14, kerusi tersebut dimenangi Pakatan Harapan yang menggunakan lambang PKR dengan majoriti 2,895.

Bagaimanapun populariti DAP di Duyong semakin merudum berikutan kegagalan PH di pusat.

Pada Pru13, DAP hanya memperolehi 205 undi namun peningkatan majoriti pada Pru14 dipercayai kerana adanya kerjasama dengan Tun Mahathir dan PPBM dalam PH.

 

 

Faktor Mahathir dan PPBM telah banyak membantu DAP meraih undi kaum Melayu yang merupakan pola pengundi terbesar Duyong.

Selain itu penggunaan lambang PKR juga banyak membantu kemenangan Damian di Duyong selain kesilapan BN meletakkan calon MCA di kawasan pengundi Melayu.

Dalam PRN Melaka kali ini, sekiranya BN berhasrat menawan Duyong perkara pertama yang perlu dipertimbangkan ialah mengkaji pola kaum selain wajib meletakkan anak muda sebagai calon baru. 

Umno/BN Melaka tidak lagi boleh mengharapkan pengundi memberi undi berdasarkan lambang parti kerana ‘mood’ pengundi mahukan perubahan dilakukan bagi menjamin kemajuan terus dibawa ke kawasan mereka.

 

Ini hanya boleh dilakukan oleh ‘orang baru’ yang lebih bersemangat dan segar di dalam Dewan Undangan Negeri. 

Terpulang kepada pengundi Dun Duyong untuk memilih seorang wakil rakyat baru pada 20 November 2021.

Siapa pilihan pengundi Duyong nanti?

“Masuk kampung takde bagi salam”, Pakatan Harapan tunjuk samseng?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker