PRN Melaka; Perikatan Nasional ‘kaki sakau’ & ‘kaki ciplak’

 

Perikatan Nasional yang terdiri daripada PPBM, PAS, Gerakan dianggap ‘kaki sakau’ dan ‘kaki ciplak’ apabila meniru 100% pengunaan warna Barisan Nasional.

Perikatan Nasional pula akan menggunakan lambang yang telah diumumkan Muhyiddin Yassin. 

Penggunaan lambang bagi sesebuah Pilihanraya amat penting kepada semua yang bertanding. Ini bagi memudahkan penyokong mereka memangkah pilihan masing-masing tanpa menyebabkan undi tersebut rosak atau dipertikaikan.

PN tiru BN

Lambang dacing sinonim dengan Barisan Nasional akan terus digunakan sebagai pengenalan parti kepada para pengundi.

Bagi pemerhati politik, Pakatan Harapan berisiko apabila mempertaruhkan lambang PKR seperti dilakukan pada Pru14. Pengundi akan sentiasa diingatkan manifesto PH yang tidak ditunaikan dan ini akan menyebabkan kehilangan kepercayaan pengundi.

Oleh demikian, PH perlu menimbang semula penggunaan lambang PKR bagi mengurangkan defisit kepercayaan pengundi dalam PRN Melaka.

Bagaimanapun lain cerita dengan Perikatan Nasional yang menggunakan warna biru gelap seakan warna rasmi Barisan Nasional. Dari baju rasmi, baju korporat, baju Melayu, baju kurung hinggalah kepada baju Srikandi Muda mereka hanya meniru warna yang seakan warna Umno dan BN.

Begitu ‘desperado’ PN apabila meniru ‘bulat-bulat’ semua warna yang digunakan BN dalam kempen Pilihanraya hanya semata-mata mahu mengelirukan pengundi?

Nampak seperti isu remeh tetapi impak penggunaan warna seakan parti lain mampu mempengaruhi pengundi di kertas pengundian.

PRN Melaka; Duyong kembali ke BN jika letak orang muda sebagai calon

 

Leave a Reply