PAS macam ‘Sajat’ terpaksa tunduk kepada Perikatan Nasional

 

Parti Islam  Se-Malaysia (PAS) kini tidak ubah seperti ‘Sajat’ apabila terpaksa tunduk dengan kemahuan Perikatan Nasional bagi menghadapai PRN Melaka.



Mereka (PAS) akan bertanding dalam PRN namun lambang PAS tidak akan digunakan seperti lazimnya sebaliknya hanya akan menggunakan lambang Perikatan Nasional.

Perkara tersebut telah diputuskan oleh Pengerusi Perikatan Nasional pada 25 Oktober 2021 menerusi satu kenyataan media.

 



Ternyata PAS sudah hilang ‘telur’ kerana mereka biasanya akan mempertahankan lambang PAS iaitu bulatan bulat dikelilingi warna hijau namun kali ini tidak lagi terpakai.

Bagaimana PAS mehu menerangkan kepada penyokong dan ahli mereka bahawa lambang PAS sudah tidak bernilai untuk dipangkah dalam PRN Melaka?

Pemimpin PAS semakin selesa bersama PPBM dalam PN hingga sanggup membelakangkan Muafakat Nasional yang telah terjalin ketika zaman pemerintahan Pakatan Harapan.



Sudah pasti PAS akan ditertawakan PH kerana kini tidak ubah seperti ‘khadam’ kepada PPBM dan akur apa sahaja keputusan dalam PN.

Mana maruah PAS pada lambang yang mereka banggakan selama terbentuknya PAS dalam politik Malaysia?

Adakah kini kerana terlebih ‘liberal’ maka PAS juga menukar rentak perjuangan mereka dari matlamat sebenar hingga SANGGUP membelakangkan lambang sendiri?

Sudah nampak ‘belang’ pemimpin yang mahu mengubah dasar PAS itu sendiri hanya kerana terpesona dengan PPBM.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button