Elak dipatuk ular sama dua kali – Zahid

 

Dari wawancara yang dibuat bersama Presiden UMNO , Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi , amat jelas , Barisan Nasional menganggap hampir semua 28 kerusi yang ditandingi dianggap sebagai “winnable”.

Ini berdasarkan latar belakang kerusi dan juga calon.

Isu isu nasional juga jika dimainkan secara bijaksana juga boleh menjadi “plus factor” untuk memenangkan UMNO dan BN.

DSAZH juga sempat memberi pesan dan peringatan terhadap peristiwa dan pengalaman pahit BN di PRN Sabah yang sudah berlansung dimana BN telah di pedajalkan oleh pihak Parti Pribumi Bersatu.

Ahmad Zahid tidak mahu ular yang sama mematuk kali kedua, pada menjawap persoalan kerjasama bersama PPBM.

Bagi PRN Melaka pula, UMNO belum lagi mendapat keputusan muktamad dibuat sama ada mahu bersama PAS atau tidak, atas sebab PAS belum membuat keputusan lagi.

“Kita belum tahu sama ada PAS mahu bersama BN atau PN, kerana keputusan bergantung kepada PAS” ujar Zahid

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker