Facebook dijenamakan sebagai Meta

Platform sosial media terbesar, Facebook kini dijenamakan semula kepada Meta.

Pengasas platform berkenaan, Mark Zuckerberg mengumumkan perkara berkenaan dan semua aplikasi di bawah Meta iaitu Facebook, Messenger, Instagram dan beberapa platform lain kekal beroperasi seperti biasa.

Penjenamaan semula itu akan memberi fokus kepada segmen dunia meta atau ‘Metaverse’ yang lebih besar lagi.



Zuckerberg menyatakan bahawa penjenaman itu perlu kerana organisasi berkenaan tidak hanya menjadi pengendali kepada Facebook saja sebaliknya banyak platform lain.

Menerusi majlis Facebook Connect awal pagi tadi, Zuckerberg turut memperlihatkan dunia meta berkenaan akan mengubah cara pengguna berinteraksi antara satu sama lain.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa dunia meta itu akan menjadi evolusi baharu Internet.



metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button