Ibarat ‘hamba tebusan’ bila PAS tidak guna lambang sendiri

 

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kini ibarat ‘hamba tebusan’ kepada Perikatan Nasional (PN) apabila mereka tidak menggunakan lambang sendiri dalam PRN Melaka.

Sebagaimana diketahui PAS sejak mula bertanding dalam Pilihanraya belum pernah lagi menukar lambang mereka kepada lambang lain.

 

PAS TIDAK PERNAH GUNA LAMBANG PARTI LAIN

Walau pernah bekerjsama dengan Pakatan Rakya yang terdiri daripada DAP dan PKR,PAS tetap menggunakan lambang parti mereka sendiri.

Berbeza dalam PRN Melaka, lambang PAS dilarang untuk digunakan sebaliknya mereka hanya dibenarkan menggunakan lambang Perikatan Nasional sahaja.

Kenyataan rasmi mengenai pengunaan lambang telah dikeluarkan oleh Pengerusi Parti Perikatan Nasional sendiri.

Pengundi PAS yang selama ini mengenali lambang PAS di kertas undi sudah pasti akan terkeliru.

Sebagaimana diketahui, PPBM sebagai tunjang Perikatan Nasional tidak mempunyai jentera pilihanraya yang sekuat PAS.

Manakala Parti Gerakan pula ibarat ‘hidup segan, mati tak mahu’, jadi kepada siapa lagi PPBM mahu berharap?

PPBM sudah pasti akan menggunakan jentera PAS bagi membantu calon mereka sendiri kerana sedar hanya berapa kerat ahli PPBM yang sanggup menjadi jentera sebuah parti yang keahlian tidak sampai setengah juta.

MARUAH PAS KINI DITELUNJUK PPBM?

Maruah PAS kini berada dalam keadaan kritikal sekiranya terus merangkak di bawah telunjuk PN. Adakah ahli serta penyokong PAS memberikan mandat kepada kepimpinan tertinggi mereka untuk tidak menggunakan lambang PAS sendiri?

Kedudukan PPBM di Melaka agak terumbang-ambing apabila hanya berharap kepada populariti Mas Ermieyatie dan Rafiq.

Dengan hanya satu kerusi sahaja yang dimiliki PPBM (Paya Rumput), kekuatan PPBM semakin luntur dan difahamkan Mas Ermieyatie akan bertanding di DUN Air Limau bagi mencari kembali kekuatan PPBM di Melaka.

PAS Pusat perlu menimbangkan semula kerjasama mereka dalam Perikatan Nasional sekiranya terus dilarang menggunakan lambang sendiri dan ini merupakan satu ‘penghinaan’ kepada PAS.

PRN Melaka ; Mas Ermieyatie akan lawan Rauf di Tanjung Bidara?

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker