Kerajaan perluas Rumah Rakyat Pahang ke Felda

 

Kerajaan negeri meluaskan pelaksanaan program Rumah Rakyat Pahang (RRP) kepada golongan memerlukan meliputi tanah hak milik dalam kawasan FELDA di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata keputusan itu bagi membantu golongan memerlukan.

Fokus kerajaan adalah untuk generasi kedua FELDA memiliki rumah di atas tanah hak milik ibu bapa iaitu generasi pertama dalam kawasan rancangan tanah berkenaan.

 



Katanya, RRP bernilai RM65,000 seunit yang diberikan secara percuma akan dibina di kawasan sama dengan rumah ibu bapa mereka.

“Bagaimanapun, keizinan daripada bapa, ibu serta adik beradik diperlukan terlebih dahulu sebelum rumah dibina.

“Keputusan mesra generasi kedua ini dicapai pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri, kelmarin.

“Ia satu lagi usaha kerajaan negeri dalam membantu generasi kedua FELDA memiliki rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Rosdy berkata, semakan undang-undang mendapati keputusan itu tidak bercanggah, manakala FELDA pula tidak mempunyai sebarang halangan kepada pengenalan dan pelaksanaannya.

“Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan terbabit diminta bertindak memudahcarakan supaya program ini berjalan lancar dan berkesan serta memanfaatkan pihak penerima.

“Pegawai Daerah seperti mana peranan mereka dalam mengenal pasti dan memilih golongan layak menerima RRP di kawasan lain turut dipertanggungjawabkan untuk mengenal pasti dan memilih penerima RRP di kawasan FELDA,” katanya.

BH

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker