Muhyiddin tunjuk ‘kebal’ atau PN ‘bebal’? (video)

 

Semalam Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara jelas menunjukkan beliau ‘kebal’ dari undang-undang yang ditetapkan dalam PRN Melaka.

Samada ‘kebal’ atau PN memang ‘bebal’, program yang dianjurkan sebuah NGO pihak berkuasa sepatutnya membuka mata kepada pencabulan Undang-Undang yang telah dilakukan PN.

 

Dalam satu video yang disiarkan secara langsung oleh sebuah portal talian, terang dan jelas suara bekas Adun Paya Rumput berkempen kepada mereka yang hadir dalam program tersebut.

Beliau yang mengingatkan agar mengundi Perikatan Nasional walau tempoh kempen PRN belum lagi bermula. Malah nama calon yang bertanding pun masih belum diumumkan pihak Suruhanjaya Pilihanraya.

Rakyat memerhati samada Menteri yang bertanggungjawab atas penguatkuasaan SOP PRN Melaka akan bertindak atau mengganggap perbuatan tersebut sebagai ‘kes terpencil’.

BERSIH dakwa gerai prihatin PN langgar akta

 

 

 

Leave a Reply