Idris Haron kempen bersama AMANAH (video)

 

Bekas Adun Sg Udang, Datuk Seri Idris Haron di lihat muncul di Dun Asahan bersama jentera AMANAH. Beliau sempat memberi ucapan kepada penerima kit makanan yang dibawa bersama.

Teka-teki mengenai kedudukan Idris dalam PRN Melaka mungkin terjawap apabila beliau kelihatan sangat selesa bersama AMANAH selepas dipecat UMNO berikutan tindakannya bersama 3 Adun yang menjadi punca pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka.

Dalam ucapan ringkas, Idris sempat berkempen kepada penduduk untuk mengundi Pakatan Harapan pada 20 November 2021.

Tindakan Idris yang berkempen secara terang meminta penduduk mengundi PH dan meminta mereka mengajak ahli keluarga untuk turut bersama mengundi telah melanggar peraturan yang ditetapkan.

 

Idris Haron

 

Tempoh berkempen bagi PRN Melaka belum lagi dibenarkan SPR dan SOP yang ditetapkan tidak membenarkan kempen terbuka seperti dilakukan Idris.

AMANAH juga perlu bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan Idris sebelum pemberian kit makanan sempena Deepavali.

Apa tindakan SPR serta pihak yang menetapkan SOP PRN Melaka?

Pakatan Harapan muktamad agihan kerusi Melaka

 

Leave a Reply