Konflik landa PPBM Melaka menjelang PRN

Menjelang tarikh penamaan calon dan pembuangan undi PRN Melaka, PPBM Melaka dikatakan sedang dilanda konflik dalaman.

Bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri (Tugas Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM menyatakan beliau ada terasa hati dengan PPBM Melaka.

Rujukan – Umum Sesuatu

Dipercayai Redzuan atau dikenali sebagai ‘Pak Wan’ akan membuat kejutan berikutan kenyataan beliau terhaddap perjalanan PPBM yang semakin tergelincir.

 

Rafiq

 

Sekilas kenyataan Redzuan, beliau seperti mahu menyatakan Pengerusi Perikatan Nasional Melaka, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen adalah penyebab imej PPBM Melaka terus merudum selepas beliau menyerahkan 16,000 keahlian parti kepadanya.

Rafiq yang juga bekas Adun Paya Rumput pula dikatakan tidak akan mempertahankan kerusi beliau dan memilih untuk bertanding di Telok Mas bagi menjamin kemenangannya dan akan menjadi Ketua Menteri Melaka sekiranya PN berjaya memperolehi majoriti di PRN Melaka.

Bagaimanapun spekulasi di Melaka pula berlainan apabila rata-rata rakyat Melaka mahu Mas Ermieyatie bertanding di DUN Tg Bidara bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Ketua Menteri wanita pertama di Melaka.

Melihat kepada kemampuan Mas yang jauh lebih baik daripada Rafiq, tidak mustahil pimpinan PPBM akan menamakan Mas sebagai calon Ketua Menteri Melaka.

Ramai tertanya-tanya apa hala tuju politik Pak Wan sekiranya beliau memilih untuk tidak lagi bersama PPBM di Melaka. 

Adakah beliau akan menyertai Pakatan Harapan atau terus menghilangkan diri dari dunia politik Melaka?

BERSATU no longer the same says Redzuan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker