Muhyiddin sudah hilang kawalan, sepatut letak jawatan.

Oleh Adam Malik

Sebaik sahaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyerah permohonan mahu meminda Perlembagaan parti kepada Registrar of Society (ROS), bermakna ada sesuatu yang tidak kena sedang melanda PPBM.

Ini kerana PPBM adalah sebuah parti yang boleh dikira sangat baru.

Apa yang menarik dalam episod penyerahan memohon pinda perlembagaan adalah umur parti terlalu muda pun sudah berlaku banyak pengkhianatan dan sifat tidak setia kepada parti.

Sebelum kisah Enam MP Bersatu ikrar menyokong Anwar Ibrahim, sudah ada beberapa lagi MP mereka telah berbuat sedemikian.

Bahkan beberspa ADUN Bersatu juga sudah ikrar menyokong Anwar Ibrahim.

Namun, sifat tidak setia kepada Parti Bersatu yang berlaku hari ini tidak menghairankan kerana Parti Bersatu itu sendiri ditubuhkan atas dasar tidak setia kepada parti UMNO.

Sebaik sahaja Barisan Nasional tumbang pada PRU14 , sejumlah dua belas ahli Parlimen dari UMNO terus melompat kepada Parti Bersatu dan sujud kekaki Tun Mahathir.

Maka sifat tidak setia itu sangat sinonim kepada Bersatu.

Sejumlah ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat juga melompat kepada Bersatu melalui Azmin Ali.

Parti Bersatu juga mengajar ahli Parlimen UMNO tidak setia kepada Parti.

Sejumlah pengkhianat UMNO berkerja dengan Parti Bersatu.

Mereka ini digelar “Kluster Broker”

Berbalik kepada tajuk topik.

Jelas kelihatan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin kecundangan dengan permainan sendiri.

Apa yang di “scheme of things” oleh Muhyiddin kini telah Kembali kepada dirinya sendiri.

Ini termasuk membuat gerakan untuk menjatuhkan Presiden UMNO menggunakan kes mahkamah yang dihadapi oleh Ahmad Zahid Hamidi.

Muhyiddin dan Mahathir serta kepimpinan PAS yang sedia jadi talibarut telah bermain dengan isu kes Ahmad Zahid sebagai penghalang kepada BN untuk bersama Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional.

Maka jika mahu semua itu terlaksana Ahmad Zahid perlu berundur dan letak jawatan.

Kini, dengan izin Allah , semua perancangan jahat terhadap UMNO dan Zahid telah Kembali kepada Muhyiddin, PAS dan Mahathir.

Muhyiddin dilanda terlalu banyak kes yang sudah lengkap dan banyak lagi belum lengkap seperti kes SPANCO dan penyelesaian wang dari Goldman Sach dimana dipercayai ada perjanjian tepi yang dibuat oleh pihak Muhyiddin dan peguamnya.

Seperti kata Datuk Johari Ghani didalam Parlimen “itu duit 1MDB, sepatutnya kita yang meletak syarat dan bukan Goldman Sach”.

Apapun yang sangat jelas dalam isu Bersatu hadapi masalah ahli Parlimen ‘pledge support” kepada Anwar. Muhyiddin kelihatan seperti hilang kawalan terhadap partinya sendiri.

Jika di ikutkan, Muhyiddin sepatut berundur dan letak jawatan seperti mana disarankan kepada Zahid Hamidi sebelum ini.

PAS juga sebagai Parti yang perrnah desak Zahid berundur kerana ada kes dan digelar Kluster Mahkamah juga harus tidak berlagak hipokrit dan harus gesa Muhyiddin berundur.

Benarlah kata pepatah, jika tinggal dirumah kaca, usah bermain lontar batu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker