95.7% populasi dewasa lengkap vaksin

 

Sebanyak 95.7% atau 22,393,720 populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan menerusi portal CovidNow, individu yang lengkap satu dos vaksin pula sudah mencecah 97.8% atau 22,885,170 orang.

 



Selain itu, sebanyak 122,142 dos vaksin harian diberikan semalam melibatkan golongan dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Feb lepas meningkat kepada 50,306,343 dos.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 2,171,270 atau 69% sudah melengkapkan suntikan vaksin, manakala 83.2% atau 2,619,573 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 Sept lepas.

Dalam pada itu, sebanyak 56,493 dos penggalak diberi kepada kumpulan sasar semalam, menjadikan jumlah keseluruhan dos penggalak diberikan kini 407,607.

FMT

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker