PRN Melaka – Ketua Menteri arah MPTHJ selesaikan masalah banjir

Banjir Bukit Beruang

 

Tular di media sosial rungutan penduduk Bukit Beruang mengenai masalah banjir yang mereka hadapi. Berikutan itu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali telah turun padang bagi mendapatkan gambaran jelas dari penduduk.

 

Ketua menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali

Beliau hadir dalam pertemuan bersama penduduk setempat dan mendengar sendiri rungutan mereka. Sulaiman secara segera mengarahkan YDP Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan berikutan permasalahan tersebut.

Berikutan itu phak kami mendapatkan temujanji untuk pertemuan ringkas bersama Yang DiPertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya bagi penjelasan.

 

 

Datuk Shahdan Othman dalam pertemuan tersebut menjelaskan pihak MPTHJ akan segera mengambil tindakan seperti diarahkan Sulaiman.

Sikap prihatin Datuk Sulaiman Ali kepada masalah rakyat telah banyak membantu pentadbirannya sepanjang 18 bulan.

Beliau juga membuktikan kedudukan sebagai Ketua Menteri bukanlah ‘tembok pemisah’ antara beliau dan rakyat Melaka khususnya.

Datuk Shahdan turut menjelaskan pihak MPTHJ prihatin dengan masalah banjir yang sering melanda kawasan di Bukit Beruang dan yang berada dalam kawasan pentadbiran.

Beliau juga memberitahu Datuk Sulaiman kerap bertanya apa masalah yang dihadapi rakyat dan mengarahkan agar pihak MPTHJ segera menyelesaikan masalah yang timbul.

Bertuah rakyat Melaka memiliki seorang Ketua Menteri yang cukup prihatin dan cakna dengan masalah rakyat walau baru 18 bulan mentadbir Melaka.

 

“Bodoh sangatkah saya? Saya tiada kredibilti?” – Sulaiman Ali

 

 

Leave a Reply