Makanan percuma, duit free siapa beri?

Makanan percuma duit free

Kecoh pagi tadi apabila ada dermawan sudi memberi makanan percuma bersama duit free kepada orang tua-tua di satu lokasi dipercayai di Melaka.

Orang tua yang beratur kelihatan diberikan kertas seperti kupon dan perlu dipulangkan selepas mengimbas suhu badan sebelum mengambil makanan percuma.

 

 

Wang kertas RM50 diikatkan dengan getah gelang diatas setiap bungkusan makanan.

Ada spekulasi sebuah parti politik yang akan bertanding di PRN Melaka merupakan penganjur program tersebut. Tetapi untuk mengelakkan dari disabitkan dengan kesalahan Akta Pilihanraya, parti itu menggunakan sebuah NGO yang tidak dikenalpasti.



Betapa bertuah dan beruntung warga emas Melaka mendapat limpahan ‘dana politik’ menerusi program sebegini.

Siapa sebenarnya penganjur? Adakah ia dilakukan bagi menyogok pengundi saluran 1 & 2 agar memberi undi kepada parti politik atau ia memang didermakan untuk ‘mencuci’ wang haram perolehan dana politik?

Jika benar ada parti politik menggunakan NGO dengan program sebegini alangkah baiknya mereka membuat jelajah ke seluruh Melaka dan mendermakan wang kepada seluruh rakyat Melaka.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker