GPS kenal pasti calon, bakal umum tidak lama lagi – Abang Jo

 

Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah mengenal pasti calon yang akan bertanding di 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata perkara itu akan diumumkan kelak.

“Semua kami (pemimpin parti komponen) ada di sini … tunggu,” katanya pada sidang media khas di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Jumaat.

Ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi antara parti komponen, kata Abang Johari tidak perlu tergesa-gesa untuk mengumumkan perkara itu.

“Setakat ini perkara itu (pembahagian kerusi) telah dibincangkan.

“Bila akan umum? Nanti kita akan umumkan.

“DUN baru dibubarkan, jangan tergesa-gesa, ada orang kata jangan tergesa-gesa adakan pilihan raya,” ujarnya.

DUN Sarawak terbubar secara rasminya pada 3 November lalu setelah Yang di-Pertuan Agong berkenan menamatkan Proklamasi Darurat di Sarawak.

Ia sekali gus membolehkan pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari sebaik perintah darurat di negeri itu diungkai.

Darurat di Sarawak sepatutnya tamat pada 2 Februari depan, namun ia diungkai lebih awal selepas Seri Paduka Baginda berbincang dengan Yang di-Pertua Negeri Sarawak mengikut Seksyen 2(2) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 (Sarawak).

awani

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker